Tuesday, August 11, 2009

pembetulan diterima...'cikgu' jeff..

ooo..maaflah kak Wan..baiklah.Saya selaku adik menerima teguran bahawa kak Wan sebenarnya orang Kelantan dengan hati yang terbuka,tangan yang terbuka dan minda yang terbuka.
Saya rasa Universiti Malaysia Pahang tidaklah terlalu cantik.Mungkin itu hanya imaginasi kak Wan sahaja.Saya menyarankan kak Wan supaya menggosok mata beberapa kali dan pandanglah sekeliling.Pembaca yang lain pun boleh mencubanya.Cuba.Sila cuba.

Berkenaan dengan penulis baru yang telah menghantar dua kiriman ke alamat blog ini,sila perkenalkan diri.Kami tidak mahu ada sebarang penyalahgunaan internet yang boleh merosakkan nama baik kita,ibu bapa kita malah agama kita.Diharap kepada sesiapa yang akan menghantar kiriman selepas ini supaya memberitahu siapakah gerangan anda yang sebenarnya.Kami tidak boleh mengecam identiti anda dengan tulisan kerana tulisan tidak mengeluarkan suara.Anda perlu menerima fakta itu tanpa bangkangan.
Kini saya hendak berhenti menulis kerana saya ingin ke kelas Falsafah Sains.Akhir kata jangan lupa melawat blog peribadi saya di http://jefribudaksuci.blogspot.com
Sekian,terima kasih.

No comments:

Post a Comment