Monday, August 3, 2009

salam ramadan n kemerdekaan...cekgu jef

Assalamualaikum dan salam sejahtera..kali ini saya ingin menghormati bulan kemerdekaan dan puasa ini dengan menaip dalam tatabahasa yang sebaik mungkin.Saya ingin meluahkan ketidakpuasan hati saya terhadap kolej yang sedang saya diami kini.Makanan yang disediakan sangat tidak berkualiti sekali dan mahal harganya.Saya belum mendapat lagi Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).Saya sangat hampa dan tidak tentu arah.Oleh itu saya berdoa dan berharap agar pinjaman saya tersebut masuk pada minggu ini.Kawan-kawan semua doakan saya tahu.Amboi kak Wan!Mengapa hanya ditujukan kepada Shila seorang sahaja?Saya juga berada di Pahang.Hairan juga tatkala kak Wan menyatakan bahawa tiket mahal sedangkan Kuantan dan Terengganu agak dekat.Mungkin ini semua permainan politik agaknya.Maaf dipinta kepada Isz kerana saya tidak suka menggunakan Buku Muka (facebook) kerana saya lebih suka Ruang Saya (Myspace).Mungkin saya akan menggunakan Buku Muka (facebook) pada masa akan datang.Saya rasa saya patut berhenti sekarang sebelum saya terlelap.Sekian bertemu lagi....

p/s:sila betulkan kesalahan tatabahasa saya (jika ada)

No comments:

Post a Comment